
Holla all, kali neh aku merajinkan diri untuk membuat entri baru, entri untuk review sebuah filem yang baru je aku tonton. Filem Sherlock Holmes. Ya, aku tahu mungkin ada diantara korang yang cakap ‘Ala, citer neh dah kuar lama la, masa Krismas tahun lepas. Ko ketinggalan la nak review bagai’. Haha, ya dan memang ya citer neh kuar Krismas tahun lepas, tapi kat tempat aku takde panggung wayang. So terpaksa la aku menahan gelora nak menonton neh dengan menunggu filem neh sedia untuk di’download di laman torrent. Jadi, aku takmo melalut panjang dan neh aku nak kasi story sikit pasal filem Sherlock Holmes. Hohoho.
…click here to read more

Salam all, apa khabar semua? Kali neh aku nak review pasal filem. Ya, aku tak pernah buat pun entri sebegini sebelum ini. Tapi aku cuba gak. Kalau ada tersalah ayat tuh harap di ampun la yer. Hehehe. Aku baru je lepas tengok filem Hindi yang bertajuk Three(3) Idiots yang diarahkan oleh Rajkumar Hirani dan dibintangi Aamir Khan, Kareena Kapoor, R. Madhavan, Sharman Joshi, dan Boman Irani. …click here to read more

Sememangnya kita tahu perempuan dan lelaki merupakan dua makhluk tuhan yang berbeza fizikal serta nalurinya. Dan setiap insan itu tidak akan serupa sikapnya dengan insan yang lain tetapi apa yang dapat aku perhatikan selama 19 tahun hidup di muka bumi ini iaitu sikap CEREWET. Sikap yang amat annoying jiwa aku sebagai lelaki. Dah terang lagi bersuluh sportlight yang aku neh lelaki so aku tujukan sikap tuh kepada perempuan/wanita/gadis/woman/ladies dan yang sewaktu dengannya.
Bagi aku la, perempuan neh lebih cerewet kerana mungkin dia nakkan kesempurnaan dalam setiap apa yang di lakukan tetapi apa yang dilakukan itu kadang-kala akan menjengkelkan orang lain. Contohnya(yang aku nampak la) time gosok baju, perghhhh punya la lama. Bila gosok baju tuh berpuluh-puluh kali duk belek baju tuh tengok ada kedut tak. Selagi ada kedut sikit pun dia akan gosok balik sampailah dia puas hati. Aduhhh, betapa cerewetnya insan berjantina perempuan neh.(Dia kat dalam cerita tuh adalah adik aku, akak aku dan sewaktu dengan jantina perempuan)
Neh lagi satu hal, …click here to read more

Haa! Dulu bila bersama kita lalai dalam dunia rekaan sendiri. Bila hilang semua baru kita mencari sinar, tapi lambatkan kita? Lewatkah mereka? Itu dalam fantasinya khayalan setiap mereka. Tak perlu bersedih jika itu membahagiakan kau dan tak perlu bergembira jika itu hanya kosong di minda kau. Kau, aku, dia dan mereka tidak mungkin akan menjadi satu campuran yang sebati kerana itu seperti minyak dan air. Tidak mungkin akan bercampur tetapi akan larut dan habis jika dijamah api.
Kau dulu membahagiakan, memberi ketenangan tetapi kini kau pemusnah jiwa aku. Kau perampas ketenangan hakiki!! Kau pembohong situasi!! Semuanya kau!! Tapi aku mengerti, kerana alpa dengan kemewahan dunia kau membuang ketandusan saki baki kehidupan di alam nyata. Cih! Warkah apa yang aku karang neh? Warkah berlagu pilu kah? Hahaha. Warkah pedoman di hari mendatang. Coretan kepada diri yang terlalu mudah memberi sayang kepada insan buta dan pekak. Cukup! Cukup sampai sini. Semoga si perampas bahagia dengan harta rampasan. Salam~
Coretan jiwa: Aku – Mrx Lonely