Hidup Berani Untuk Gagal

Assalamualaikum semua yang membaca blog aku neh. Kali neh aku taknak melalut panjang, entri neh sekadar sebuah entri yang simple dan ringkas tapi padat. Hahaha. Ok, aku nak story sikit pasal perjalanan hidup aku dalam bulan Januari neh even bulan neh belum pun sampai ke penghujung tapi aku tetap nak story gak. Mungkin korang juga mengalami perkara yang serupa dengan aku, tapi tahla, mungkin je kot. Hehehe. Dan neh apa yang aku nak bagitahu tentang kisah perjalanan hidup aku dalam bulan Januari.

First sekali aku nak luahkan kat sini(korang taknak baca pun takpe) yang dalam bulan Januari neh aku ditimpa pelbagai masalah dan musibah. Banyak betul dugaan yang datang sampaikan aku tak boleh nak jelaskan kat sini. Haduihh. Malang sungguh nasib aku. Ya! Aku tak boleh salahkan sesiapa kerana neh merupakan takdir yang telah ditentukan kepada aku. Takpa, aku redha je. Kata orang, kalau tuhan bagi dugaan kepada kita, tuh maknanya Dia ingat kat kita. Hehehe. Wallahualam.

Hidup Berani Untuk Gagal

Second, papa aku yang dimasukkan ke wad kerana terpaksa menjalani pembedahan mata untuk membuang selaput, tukar manik dan sedut darah beku dalam mata. Tiga jenis rawatan yang terpaksa papa aku jalani. Tarikh 17 Januari 2010 menjadi tarikh berlakunya pembedahan tuh. Ketiga-tiga rawatan dijalankan serentak. Papa aku dimasukan ke dewan bedah pada pukul 8 pagi dan lebih kurang 7 jam kemudian barulah semuanya selesai. Fuhh lama giler aku menunggu. Tapi takpa, itu juga dugaan kepada aku. Dan Ya! Neh berlaku pada bulan Januari. Entah kenapa lah bulan Januari neh tak ngam langsung dengan aku. Padahal aku lahir bulan Februari, jiran je. Tak boleh bermuafakat langsung. Hahaha.

Hidup Berani Untuk Gagal

Seterusnya, masalah kawan yang bertimbun-timbun datang pada aku. Aku neh dah jadi macam kaunselor masa sekolah dulu. Tiba-tiba ramai member lama datang bertandang dan menelefon dan juga ber’sms pada aku untuk luahkan atau tanya pendapat tentang itu ini. Mostly girls la. Hehehe. Ok, aku cool lagi. Boleh la setakat tolong kasi pendapat dan nasihat sebagai seorang kawan. Tapi yang aku tak boleh blah adalah seorang minah neh, member lama aku. Boleh pulak dia tanya kalau dia kawen dengan laki orang, ok tak? Maksudnya dia akan jadi bini nombor dua kepada laki orang. Haihh, naik bingung aku. Hahaha. Well, oleh sebab dia member lama aku, aku bagi la nasihat sikit pongpangpongpang. And then dia pun buat la keputusan yang dia tetap akan RELA menjadi bini nombor dua kepada laki tuh. Hahaha. Lantak ko la labu, aku sebagai member mendoakan kebahagiaan ko dengan laki tuh. Amin~ (Sayang sungguh ko dah nak kawen, pasni tak boleh la kita nak lepak tiap-tiap malam. Ko cantek weh. Hehehe)

Damn! Bila aku tengok balik, panjang pulak entri aku neh. Hahaha. Takpa lah, aku malas nak delete mana yang tak patut tuh. Korang baca la yer. Aku stop sampai sini je dulu. Kalau nak cerita memang takkan habis la. Point utama aku adalah kenapa dugaan datang pada aku dalam bulan Januari? Oh ya, mungkin bulan-bulan akan datang aku akan di uji jugak tapi awal-awal tahun aku dahpun di beri dugaan. Ya, sabar dan redha adalah kunci utama untuk menempuh segala dugaan neh. Baiklah, sampai sini je la yer aku melalut. Jam dah tunjukkan pukul 4.20 pagi. Masa untuk aku mencari katil dan bantal bucuk ku. Hahaha. Berjuta terima kasih kepada korang yang membaca sehingga baris neh. Doakan tahun 2010 membawa seribu makna kepada aku. Begitu juga doa aku kepada korang yang sedang membaca neh. Amin~ Assalamualaikum penutup entri.

P/s: Maaf sebab entri neh panjang berjela. Jari neh amat rajin menari-nari atas keyboard dan otak pulak mencurah-curahkan idea untuk mencoretkan sebuah coretan panjang dan ditambah dengan kelajuan internet yang amat memuaskan. Hehehe. Sekian. :aie: