Hidup Berani Untuk Gagal

Salam 1Malaysia kepada korang yang baca entri neh. Disini aku ingin kupas sedikit demi sedikit tentang tajuk yang aku mentionkan di atas tuh. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Apa yang korang tahu tentang maksud ayat tuh?: Kita hidup semata-mata untuk gagal? Kita mengalah apabila menemui kegagalan dalam hidup? Atau kita bangun dan berusaha sedaya mungkin untuk membolosi tembok kegagalan dalam hidup? Pasti pelbagai persoalan yang timbul di dalam benak fikiran korang.

Tapi tahukah korang, sebenarnya kegagalan adalah lumrah dalam kehidupan. Tanpa kegagalan tidak mungkin akan ada mereka yang berusaha, tidak akan ada mereka yang memerah keringat/kudrat/akal fikiran untuk memecah tembok kegagalan itu. Atau untuk maksud yang lebih mudah difahami adalah tanpa kegagalan tidak mungkin akan ada perkataan BERUSAHA SEDAYA UPAYA/MENCAPAI KEJAYAAN.

Disini aku suka memetik beberapa ayat dimana boleh dikaitkan dengan tajuk HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.:

: Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa. Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.: Ya, semua orang pasti pernah mengalami kegagalan dan dengan kegagalan itulah kita dapat mempelajari sesuatu. Sesuatu yang tidak ternilai harganya. Harga sebuah kepuasan apabila kita memperoleh kejayaan setelah menempuh kegagalan.

: Kegagalan adalah realiti kehidupan. Yang penting adalah tindakbalas terhadap kegagalan itu.: Seperti aku bagitahu tadi, semua orang pasti merasai kegagalan dan apabila kita berada dalam situasi itu, apa yang penting adalah respon kepada setiap situasi itu. Kita harus muhasabah diri dan mengkaji punca serta melakukan tindakan untuk mempetulkan apa yang tidak betul itu.

: Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas.: Sememangnya diakui, tidak mungkin kita akan mencapai kejayaan dalam sekelip mata. Ada waktu kita senang dan ada kalanya susah. Dan tidak ada mereka yang berjaya itu memperoleh kejayaan tanpa menempuh fasa kegagalan terlebih dahulu. Jadi disini aku suka mengatakan jika kita mahu berjaya, ringan-ringankan mulut serta rajinkan diri untuk belajar dari mereka yang pernah gagal ketika mahu mengejar kejayaan. Dan untuk mereka yang sudah berjaya jangan pula membangga diri kerana bak kata pepatah “Jangan gelakkan orang merangkak kalau kita masih bertatih”.

: Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus asa.: Gagal, tewas, kalah dan tumpas. Bagi mereka yang kental hatinya mereka tidak akan pernah mengalah untuk menempuhi kegagalan itu kerana bagi mereka hadiah paling bermakna adalah kejayaan yang menanti mereka kelak. Mereka yang pernah gagal pasti akan mengakui bahawa kegagalan itu merupakan pengalaman serta pengajaran untuk mereka terus maju ke depan. Tidak ada istilah putus asa ataupun give up dalam kamus hidup orang yang inginkan kejayaan. Hidup berani untuk gagal adalah pegangan mereka dalam menempuhi liku-liku kehidupan mereka tidak kira dari segi perniagaan, urusan rumah tangga mahupun urusan peribadi.

“Sesungguhnya mereka yang mencuba tidak akan berjaya jika tidak di’iringi dengan tindakan melalui percubaan mereka itu. Dan mereka juga harus berani untuk memulakan percubaan itu kerana setiap percubaan tidak menjanjikan kejayaan tetapi dengan percubaan itulah mereka belajar erti setiap kejayaan yang diperoleh.”

*************************************************************************

Hidup Berani Untuk Gagal

Kenapa entri ini ditulis? Entri ini merupakan penyertaan untuk Contest Hidup Berani Untuk Gagal yang dianjurkan oleh Denaihati(Yang Terbuku Di Hati). Contest ini merupakan contest terakhir untuk tahun 2009 ini dan untuk menyertainya adalah sangat mudah di mana anda hanya perlu menulis satu entri bebas di blog/weblog masing-masing.

Sedikit info tentang contest Hidup Berani Untuk Gagal

  • Contest Hidup Berani Untuk Gagal mudah sahaja iaitu pada penghujung contest, blog yang tersenarai di laman carian http://www.google.com.my menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” pada ranking 1-5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan pada ranking 6-10 akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang.
  • Contest ini dianjurkan atas sokongan sponsor yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall, dan Saudacare.
  • Kepada yang rajin mempromosikan contestHIDUP BERANI UNTUK GAGAL” akan mendapat hadiah RM10 untuk setiap referral. Lebih banyak referral maka lebih banyaklah hadiahnya.
  • Hadiah bertuah untuk penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya setiap gandaan 25 bernilai RM50 mengikut urutan link yang dihantar melalui ruang komen.

Syarat-syarat untuk menyertai contest Hidup Berani Untuk Gagal

  • Terbuka kepada Satu Dunia Melayu yang mempunyai weblog sama ada berbahasa Melayu atau English.
  • Buat satu entri (bebas) di blog ANDA dan wajib ada perkataan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.
  • Nyatakan dari mana anda ketahui tentang contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini. Contoh:

“Saya tahu contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dari blog Oh! Blur.”

  • Dalam entri anda wajib ada nama-nama sponsor (tolong update bila ada sponsor baru ye).
  • Dalam entri jangan lupa backlink kepada Denaihati.
  • Tinggalkan komen dan link entri anda di posting contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL di weblog Denaihati – Yang Terbuku Di Hati.
  • Jangan lupa subscribe blog Denaihati melalui email dan aktifkannya.
  • Follow Twitter @Denaihati dan klik button retweet di entri blog beliau.
  • Follow Facebook Denaihati dan kongsikan link contest ini dengan teman-teman Facebook ANDA.
  • Tambahkan link blog Denaihati ke dalam bloglist ANDA untuk terus monitor contest ini.
  • Hadiah hanya untuk weblog sahaja, website forum dan website umum tidak dikira. Seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 10 weblog teratas dikira sebagai pemenang.
  • Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

Apa tunggu lagi? Sertailah sekarang, mana tahu anda mungkin pemenang bagi contest Berani Hidup Untuk Gagal!!

Sila layari blog Denaihati untuk info yang lebih lengkap. Dan berbanyak terima kasih kepada Zul Blog kerana memperkenalkan aku dengan contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” ini. Kepada mereka yang telah menyertai contest ini, aku ucapkan selamat berjaya dan kepada mereka yang belum sertai, JOMLAH JOIN!!. Mungkin anda yang bernasib baik untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.