Hidup Berani Untuk Gagal

Assalamualaikum all, kali neh aku merajinkan diri untuk meng’update entri baru untuk bercerita tentang aku. Tentang kehidupan aku yang bakal menjengah usia 19 tahun pada 26 Februari nanti.(Saje je nak kasi korang tahu. Hehehe) Oh ya, entri kali neh bersifat personal which means its only contains all about myself. So kalau korang yang agak kurang untuk meluangkan masa, aku memahami. Hehehe. Aku pasti korang sume pernah lalui saat kejatuhan ataupun saat mengecewakan, bukan sahaja mengecewakan diri sendiri malah mungkin membabitkan perasaan orang di sekeliling kita, terutamanya ibu bapa dan mereka yang sangat rapat dengan kita. Dan aku juga turut terjerumus dalam situasi tuh. Situasi yang bukan aku minta tapi terpaksa aku lalui.

First dugaan yang datang adalah pada penghujung bulan November tahun lalu, bila aku mendapat dugaan itu jantung aku terus berdegup kencang. Rasa macam mahu meletup je. Nasib baik lah jantung manusia neh hebat, berdegup laju pun tetap masih bertahan. Eh, sorry off topic g cerita pasal jantung lak. Hehehe. Ok, berita yang amat-amat mengecewakan neh terpaksa aku kongsikan dengan mereka-mereka yang selama neh mengharapkan kejayaan dari aku, aku terpaksa, bukan memaksa tapi terpaksa. Yes! Seperti yang aku agak, mereka semua berdukacita dan ada yang mengalirkan air mata dengan dugaan aku neh. Dan aku, bingung memikirkan nasib masa depan aku.

Sepertiga bulan aku menghabiskan masa dengan mengelamun, menjadi sang pemikir untuk keluar dari dugaan neh. Aku punya kawan, pun mengalami nasib yang sama, menerima dugaan yang sama dan mengalami situasi yang juga sama. Enough! Dia lagi hebat dari aku, salute to her sebab berani berdepan dengan dugaan tuh. Lagi satu, dia so caring dan she’s sooooooo care bout me. Hahaha. *Titik*. Hampir sebulan aku kebingungan dan jiwa aku agak haru biru memikirkan perihal masa depan neh. Bermacam-macam jenis tempat bertapa aku pilih, masing-masing punya kelebihan dan kekurangan tetapi aku masih menunggu dan berharap akan mendapat tempat di pusat pertapaan yang aku rasakan aku mampu. Dimana jiwa aku pernah menapak di situ.

Hidup dan perjalanan aku terumbang-ambing. Ya! Mungkin korang akan lihat aku seperti tiada masalah tapi hanya hati neh yang mengerti semuanya. Baiklah, perkara yang lepas usah dikenang, tapi jika hati neh masih memikirkan kenangan lepas. Bagaimana? Ahhh sudahlah, aku mesti pandang ke depan bukan berpaling ke belakang. Tiada satu pun yang menarik hati aku untuk berpaling ke belakang. Aku hidup seperti biasa, kadang-kadang terpaksa mereka drama yang bagi aku oh hanya lah impian yang bermimpi untuk seorang aku mengecapinya menjadi realiti. Haihh. Bila perasaan gembira bertembung dengan sedih, beginilah jari memainkan peranan untuk meluahkannya. Ok stop! Aku sendiri pun tak paham dengan apa yang aku taip di perenggan neh. Takpe, perenggan lain masih ada. Hehehe.

Hidup Berani Untuk Gagal

Dan!(in excited mode), selama hampir sebulan aku bertapa berhibernasi, akhirnya aku didatangi oleh khabar yang membuatkan diri neh terlonjak kegembiraan. Yahoooooooo!(Sila click simbol ! di web Yahoo! ya), jantung neh kembali berdegup kecang setelah lama berdetik mendatar. Semua orang terapat aku menjadi penerima perkhabaran neh. Hahaha. Ibu bapa adalah insan pertama yang tahu hal neh. Masing-masing kegirangan, menitis air mata kegembiraan dari kelopak penglihatan mereka, dan aku? Ya! Turut bergembiraan dengan warkah keramat yang diterima. Thanks to God.! Syukur aku tiada terhingga dengan semua neh. Air mata kegembiraan mengalir dalam hati. Tiada kata yang mampu aku luahkan melainkan hati neh berbisik halus mengucapkan Tahniah dan dengan peluang menapak kembali akan membangunkan aku dari lena yang agak panjang pada sepurnama yang lalu. Aku bersyukur sekalian alam. Peluang yang tak mungkin aku jumpa untuk kali ketiga.

Dan pada hari pertama dalam seminggu neh aku akan melangkah kaki ke pusat pertapaan dengan harapan yang baru, sinar baru, semangat baru, arah tuju yang baru tetapi penggalak yang telah lama aku kenali. Aku suka, dia suka, kami pun suka malah mereka kembali bahagia. Syukur! Perkataan yang amat-amat bermakna bagi aku kini. Peluang! Sisip kata yang mengubah aku dari zero to hero. Hehehe. Maaf kerana meluahkan isi hati yang terbuku yang tersirat dalam entri neh. Hanya neh tempat aku berkongsi dengan korang yang baru jadi kenalan aku. Untuk mereka yang dah lama tahu siapa aku, berbanyak terima kasih kerana mendoakan aku. Semoga tuhan membalas setiap kebaikan yang korang lakukan. Sekalung terima kasih dari aku kepada mereka yang sudi membaca sehingga baris neh. Aku suka korang, harap korang pun suka aku. Sekian saja warkah neh. Alhamdulillah. =(

P/s: Doakan kejayaan aku dalam meneruskan pelayaran baru ok. Amin Ya Rabbal Alamin. :beurk: