3 Idiots

Salam all, apa khabar semua? Kali neh aku nak review pasal filem. Ya, aku tak pernah buat pun entri sebegini sebelum ini. Tapi aku cuba gak. Kalau ada tersalah ayat tuh harap di ampun la yer. Hehehe. Aku baru je lepas tengok filem Hindi yang bertajuk Three(3) Idiots yang diarahkan oleh Rajkumar Hirani dan dibintangi Aamir Khan, Kareena Kapoor, R. Madhavan, Sharman Joshi, dan Boman Irani.

3 Idiots

Filem neh mengisahkah cerita tiga bersahabat. Seorang dari mereka telah lama tidak berhubung dengan dua yang lain, jadi dua orang kawan itu mencari kawan yang lagi sorang tuh. Dan dalam masa pencarian kawan yang dah lama tak berhubung tuh, banyak peristiwa yang berlaku. Pelbagai mood akan timbul, sedih, ketawa, benci, sayang, terharu dan banyak lagi semasa menonton filem neh. Pengisian tentang betapa utuhnya ikatan persahabatan amat ketara dalam filem neh. Memang aku salute lah pembikin filem neh. Kepada korang yang nak mendonwload filem neh. Boleh lah mencari di Torrentz [Klik Sini].

Aku takmo story panjang-panjang takut nanti spoilt mood lak. Korang tontonlah sendiri yer. Apa yang aku boleh cakap, ini adalah filem terbaik dalam kategorinya!. Memang aku salute lah! Tak rugi korang download dan tengok. 8)

Dan bagi korang yang dah tengok, kasi la komen yer. Mana la tahu dengan komen korang akan membuatkan mereka-mereka yang belum tengok filem neh akan tertanya-tanya dan akhirnya diorang pun tengok gak. Hehehe. Sekian saja. Oh ya, neh aku sertakan beberapa screenshots filem Three(3) Idiots. Layanzzz dan Assalamualaikum. :love:

3 Idiots

3 Idiots

3 Idiots

3 Idiots

P/s: Bagi aku neh adalah filem terbaik bagi filem Hindi yang pernah aku tonton. Pengisian dalam cerita neh sangat-sangat mendalam. Semua tentang persahabatan dan cita-cita. Saksikan lah yer. :)