
Holla all, kali neh aku merajinkan diri untuk membuat entri baru, entri untuk review sebuah filem yang baru je aku tonton. Filem Sherlock Holmes. Ya, aku tahu mungkin ada diantara korang yang cakap ‘Ala, citer neh dah kuar lama la, masa Krismas tahun lepas. Ko ketinggalan la nak review bagai’. Haha, ya dan memang ya citer neh kuar Krismas tahun lepas, tapi kat tempat aku takde panggung wayang. So terpaksa la aku menahan gelora nak menonton neh dengan menunggu filem neh sedia untuk di’download di laman torrent. Jadi, aku takmo melalut panjang dan neh aku nak kasi story sikit pasal filem Sherlock Holmes. Hohoho.
Sherlock Holmes adalah filem 2009 di mana elemen-elemen penting, termasuk protagonis Sherlock Holmes dan Dr Watson, yang diadaptasikan dari cerita terkenal oleh Arthur Conan Doyle. Filem ini diarahkan oleh Guy Ritchie dan dihasilkan oleh Joel Silver, Lionel Wigram, Susan Downey dan Dan Lin. Robert Downey, Jr dan Jude Law memegang watak sebagai Sherlock Holmes dan Dr Watson.

Cerita ini mengisahkan tentang seorang detektif terkenal iaitu Sherlock Holmes dan juga pembantunya yang merupakan seorang doktor, Dr Watson berjuang untuk menghapuskan kepercayaan karut masyarakat pada zaman itu. Ritual karut itu diwujudkan melalui watak Lord Blackwood (Mark Strong). Pelbagai cara yang dilakukan oleh Sherlock Holmes untuk membanteras penularan ‘bad mind set’ orang-orang pada zaman tuh. Cerita ini dikuatkan lagi tarikan dengan menampilkan heroin yang masih fresh iaitu Rachel McAdams yang membawa watak Irene Adler. Dia merupakan orang suruhan kepada Lord Blackwood dan sampai suatu saat, dia merasakan apa yang dilakukan itu sebenarnya salah dan dia menawarkan diri untuk membantu Sherlock Holmes.
Banyak halangan yang terpaksa dilalui oleh Sherlock dan juga pembantunya itu, antaranya ialah terminum racun, berdepan dengan orang besar(gergasi), berdepan risiko maut di bom dan banyak lagi. Cerita ini juga menyelitkan sedikit elemen cinta tetapi amat-amat sedikit kemunculannya. Yela kan, dah nama pun cerita penyiasatan yang serius, cintan cintun neh tak main la. Baik layan Titanic kalau nak cinta cintun tangkap leleh. Hahaha.
Neh last aku nak story, kepala dah tingtong neh. Hahaha. Bagi aku cerita neh lebih kurang macam cerita Pink Panther cumanya Pink Panther merupakan penyiasatan yang ber’elemenkan lawak tetapi Sherlock Holmes neh agak mendatar dan serius. Nasib baiklah gambar movie neh lawa, puas hati gak ah menonton walaupun jalan cerita yang agak blur. Dan untuk tahu sama ada berjaya atau tak Sherlock Holmes menukarkan kepercayaan karut tuh kepada kepercayaan waras, korang kena la tengok sendiri. Kang kalau aku cerita satu persatu takut nanti spoilt mood lak. Hehehe. Oklah, sampai sini je aku meng’review pasal filem Sherlock Holmes neh. Bagi korang yang nak tengok filem neh, bolehlah men’download di laman torrent. Ala, korang Google je, berlambak link. Dan nasihat aku, bagi mereka yang kurang minat cerita yang jalan cerita agak berbelit dan mendatar,baik korang layan Wonderpets lah. Cerita neh super duper mendatar. Huhuhu. Oh ya, neh aku kasi beberapa screenshots filem Sherlock Holmes. Layanzzzz.






P/s: Hahaha, ada screenshots yang terpaksa aku cencored. Bagi aku, mengikut skala 5 best atau tak best sesebuah filem, aku kasi 3 je. Tak tahu lah kenapa, cerita neh agak mendatar dan agak boring pada awalnya. Dan ending dia juga agak hampeh, mungkin pengarahnya mahu menerbitkan Sherlock Holmes 2. Sapa tahu kan? Huhuhu. Oklah, sekian saja wat masa neh. Ada masa nanti aku update lagi blog neh. Salam all.















lain org lain cita rasa.. pink panther aku rasa cite bodoh.. sekian, tengkiu..
camane ko leh tergerak hati nak tgk citer neh dek? dah tgk avatar ke belom??
cerita ini memang best gila. hairan np avatar ble menang globe award tu. hmmmm…
aku tgh OTW donlod cite nih..nk tgk best ker x..hehehe
emm…cam best jer holmes ni
omputih marah dgn director film ni sbab ubah storyline, history sebenar sherlock holmes dah jd lain, mcm mngubah sejarah